follow kt sini yer!!!^__^

Thursday, March 29, 2012

KISAH-KISAH WANITA SOLEHAH



 
Sejarah hidup para wanita solehah dalam Islam sudah tercatat dalam Al Quran dan hadis,marilah kita sama-sama menghayati sejarah hidup mereka agar kita termasuk dalam golongan penyumbang perjuangan Islam....


SITI HAJAR duduk setahun dua tahun di padang pasir, ditinggalkan suami,suami datang sesekali, kemudian namanya untuk Al Quran sepanjang zaman. Tidak mungkin kita tidak mahu menjadi seperti cerita SITI HAJAR ini. Tidak mahukah kita dengan apa yang dikatakan dalam Al Quran?? Kita sentiasa masih mahukan suami kita sentiasa bersama kita setiap hari. Rasanya tidak sanggup sekiranya suami kita setahun sekali baru datang. SITI HAJAR sanggup mencipta keajaiban, menjadi wanita yang ditinggalkan suami dan hanya berjumpa setahun sekali. Tetapi di tangannyalah keluar air zam-zam, dialah menghidupkan Kaa'bah Makkatulmukarramah. Mukjizat kepimpinan dan didikan dari suaminya Nabi Ibrahim a.s..


Fruit line border


Ramai sudah melupakan Ummul mukminin Khadijah binti Khuwalid. Dialah yang digelar Afifah Solehah(wanita suci). Seorang wanita yang sanggup mngorbankan kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik Allah SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya ,hartawan,tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW  selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja sehingga pecah mulut..


Fruit line border

FATIMAH AZ ZAHRA binti RASULULLAH SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa berputus asa , dia sentiasa membanty ayahandanya yang sering disakiti.Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis ayng dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Seorang wanita yang kuat dan tabah menghadapi segala dugaan.


Fruit line border

Dia adalah isteri kepada Firaun iaitu seorang wanita yang bernama ASIAH. Allah telah menjadikan bicara yang lembutnya menyelamatkan Musa a.s  dari dibunuh Firaun. Allah juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa a.s. Malah Allah telah merakamkan namanya di dalam Al Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga sebagai balasan atas ketabahannnya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaan dalam mengekalkan iman dalam dirinya.


Fruit line border

Ramai yang tidak mengetahui tentang sejarah wanita yang bernama MUTIAH yang tinggi taatnya kepada suami tercinta. Acapkali menyediakan tongkat, air dan berhias diri demi untuk suami dan menunggu suaminya pulang dari berjihad tanpa sekelumit rasa bosan dan patah semangat. Menjaga kehormatan diri dan maruah keluarga dengan seteguhnya. Dialah wanita yang akan memimpin tali kenderaan tunggangan Fatimah Az zahra ketika masuk syurga..


Fruit line border


Ramai pula yang tidak tahu mengenai MASYITAH. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada Alllah SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami dan anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali yang penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk , imannya tidak tergadai , malah terjun dengan penuh keyakinan. MASYITAH mati syahid mempertahankan imannya dari tergadai.


Fruit line border

Ramai juga yang telah terlupa kepada si suci MARYAM, ibu Kepada Isa a.s. Sang perawan itu menjaga kehormatan dirinya , mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, Allah memuliakan dengan memilih Zakaria a.s sebagai penjaga. MARYAM yang suci inilah yang telah dipilih Alllah untuk mengandungkan Isa a.s. Apabila dia melahirkan Isa a.s dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada Allah , dan bersangka baik atas apa yang berlaku kepadanya. Akhirnya anaknya Isa a.s boleh berbicara ketika masih buaian.


Fruit line border

Siapakah yang hendak mencontohi NUSAIBAH r.a.h???? Ketika perang uhud ,  NUSAIBAH keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang , cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan NUSAIBAH adalah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah SAW dari diserang musuh. Kesungguhan  NUSAIBAH melindungi Rasulullah SAW begitu hebat , hingggakan Rasulullah berkata "aku tidak menoleh ke kiri ke kanan sehingga kecuali melihat Ummu Imarah (NUSAIBAH) berperang di hadapanku ."


Ketika itu, anaknya Abdullah cedera ditikam musuh . Dia mengikat luka anaknya lalu berkata "bangun wahai anakku. "Anaknya terus bangun melawan tentera musuh. Rasulullah SAW yang melihat peristiwa itu bersabda " Wahai Ummu Imarah ,siapakah yang mampu membuat sepertimana yang engkau lakukan?? Ketika tentera musuh yang semakin menghampiri  , Rasulullah SAW berkata kepadanya ," Ini dia orang yang telah melukakan anakmu. "  NUSAIBAH menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. "Ya Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya," kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan  NUSAIBAH hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya.


Fruit line border

Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim?? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu , jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata " jika hendak mengahwiniku maka maharnya adalah iman." Maka Islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat berkata, " aku belum pernah melihat wanita yang lebih mulia maskahwinnya  dibandingkan dengan Ummu Sulaim. " Malah dia mentarbiyah suaminya sehingga suaminya menjadi sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah??? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW , pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyah suaminya??? Adakah lagi isteri seperti itu hari ini????


Fruit line border

Siapakah yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah??? Bagaimana cerdiknya dia , bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW . Ketika peristiwa perjanjian Hudaibiyah , apabila Rasulullah SAW mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwandan bercukur rambut , tiada seorang pun bangun menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan , lantas kembali ke khemah , lalu berkata  pada Ummu Salamah," kenapakah berlaku begitu??" Ummu Salamah berkata, "jangan kau hiraukan mereka , cukurlah rambutmu dan sembelihlah haiwanmu, Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.


Fruit line border

Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW , Aishah RA???? Ketika peristiwa hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya , mengotorkan namanya, dia tetap teguh , yakin kepada Allah SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada Allah SWT bila ditimpa dugaan.


Fruit line border

Siapakah pula yang mengingati Asma' binti Abu Bakar??? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasululah SAW dan bapanya Sayidina Abu Bakar As Siddiq  ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA , sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah yang berani.


Fruit line border

Siapakah pula yang ingat kepada Khansa???? Dia mempunyai 4 orang anak . Dia menatarbiyah anaknya dengan baik . Apabila mendapat seruan jihad, dihantar anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, " Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya ". Tetapi tahukah kalian apa jawapannya?? " Diamlah kalian! sesungguhnya aku menangis kerana aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berjihad ke jalan Allah."


Fruit line border

WAHAI PEREMPUAN HARI INI , SIAPAKAH ANTARA KAMU YANG MENGINGATI MEREKA???WAHAI LELAKI HARI INI , SIAPAKAH ANTARA KAMU YANG MENGENANG MEREKA??WAHAI UMMAH , HARI INI PEREMPUAN MANA YANG KAMU PUJA DAN KAMU PUJI ?? OH MASYARAKAT , HARI INI PEREMPUAN BAGAIMANA YANG KAMU SANGJUNGI??? OH PEREMPUAN , HARI INI PEREMPUAN MANA YANG KAMU CONTOHI??? OH LELAKI , HARI INI PEREMPUAN MANA YANG KAMU GILAKAN UNTUK JADIKAN ISTERI??SIAPA?? SESUNGGUHNYA PEREMPUAN-PEREMPUAN DALAM LIPATAN SEJARAH INI TELAH DILUPAKAN. MEREKA SEMEMANGNYA PEREMPUAN YANG TELAH DILUPAKAN . SEDANGKAN PADA DIRI MEREKA TERDAPAT KEMULIAAN YANG TIADA TANDINGAN...

No comments:

Post a Comment